Tuesday, December 23, 2008

Jejak Kasih

Ingat catatan aku pasal kenangan masa lalu...kenangan waktu darjah satu? Hei...aku betul-betul terperanjat hari ni sebab aku dapat e-mail dari isteri Arulnageswaran tu..Wow..dia terjumpa blog aku dan terbaca pasal catatan tu...tak sangka kan...terus dihantar e-mail pada aku...dan dia juga telah bercerita pada suaminya pasal cerita dalam blog tersebut...
Aku teringin sangat nak jumpa Arul dan isterinya tu...kih-kih..macam jejak kasih gitu
Hmm...pastinya nanti ia satu pertemuan yang menakjubkan

Monday, December 22, 2008

DIARY 2008




Alangkah cepatnya rentetan masa. 2008 sudah hampir ke penghujungnya meninggalkan seribu macam cerita dari awal sehingga ke akhirnya. Banyak ceritera yang ku simpan untuk 2008 ni..ada gembira, ada jua dukanya. Moga 2009 yang bakal menjelma akan lebih bermakna buat aku sekeluarga.
17/1/2008
Tarikh ini, kak Ros iaitu cleaner yang amat disayangi oleh warga JTK Selangor dan Subang Jaya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam diantara 11.00 hingga 12.00 tgh (hanya Allah yang mengetahui). Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang soleh
19/2/2008
Aku pergi ke Osaka, Jepun menghadiri kursus Job Coach dari 19/2/2008 - 28/2/2008
5/4/2008
Pakcik aku sebelah mak (Ayah Cu) jam 6.37 pm telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana cancer darah, dalam usia yg masih muda 36 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat
12/7/2008
Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.42 kg jam 6.35 petang
7/10/2008
Dapat surat kenaikan pangkat dan di arah bertukar ke Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan
23/11/2008
Adik bongsu kesayangan kawin


Thursday, December 11, 2008

KAT MANA LA DIA NI SEKARANG

HARI NI DAH JUMAAT...HAMPIR PERTENGAHAN DISEMBER 2008. CEPATNYA MASA BERLALU...SO, KALAU HARI JUMAAT CAM NI...AKU SEKARANG (SEJAK JADI PENULIS BLOG TERSOHOR NI) SUKA DOK DEPAN PC...MEMBACA BLOG KAWAN-KAWAN DAN AKHIRNYA MENITIPKAN SECEBIS RANGKAIAN KATA-KATA BUAT MENGISI KEKOSONGAN WAKTU SEMENTARA MENUNGGU PUKUL 2.45 UNTUK SAMBUNG KERJA SEMULA..



SEBENARNYA AKU BARU JE LEPAS BACA BLOG KAWAN AKU http://rusli77@blogspot.com DENGAN BLOGNYA CERITAKU. APA YANG DIA PAPARKAN KAT SITU..SEMEMANGNYA MENGUSIK JIWAKU. LEPAS BACA CERITA DIA PASAL "PENDIDIKAN"...AKU DIBAWA KENANGAN MASA KECILKU..AWAL-AWAL PERSEKOLAHAN DAN KAWAN-KAWAN. KALAU RUSLI KATA SAINGAN DIA WAKTU KAT KELAS IALAH JULIATY...AKU PULA SEORANG BUDAK LELAKI INDIA...A. ARULNAGESWARAN. DIA NI SATU-SATUNYA BUDAK INDIA KAT SEKOLAH WAKTU TU. TAPI DENGAN BANGGANYA AKU NAK CAKAP WAKTU DARJAH SATU AKU SELALU MENGATASI DIA. DENGAN REKOD AKU NOMBOR SATU DAN DIA NOMBOR DUA MEMANG MEMBERI KAMI PERSAINGAN SENGIT SETIAP UJIAN BULANAN, SEHINGGALAH PADA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DIA BERJAYA MENGATASAI AKU...BAGAIMANAPUN KAMI AKHIRNYA TERUS KEKAL DALAM KELAS YANG SAMA SEHINGGALAH DARJAH 6..DAN LEPAS DARJAH 6...KAMI BERPISAH...MEMBAWA HALUAN MASING-MASING SEHINGGA SEKARANG , AKU TAK TAHU DIA KAT MANA...

KADANG-KADANG TU BILA AKU JUMPA LELAKI INDIA YANG AKU AGAK BAYA-BAYA AKU...AKU SELALU TERFIKIR NI KE A.ARULNAGESWARAN TU..TAPI MUNGKIN LA SEKARANG NI DAH KEJA YANG HEBAT-HEBAT..SEBAB DIA TU PANDAI...HMM...KAT MANA LA DIA NI SEKARANG...

Thursday, November 27, 2008

RUANG PEJABAT




NI LA TEMPAT DUDUK AKU KT OPIS...

HARI TU TANGGAL 25 NOV AKU P PEJABAT SUBANG JAYA....WAH....NAMPAKNYE SEMUA WORK STATION DAH NAIK DAH....TAPI ITU LA...MACAM KESIAN LA PLAK AKU TENGOK..SEMPIT TUL TEMPAT DUDUK MEREKA...KESIAN AKU TENGOK TEMPAT KERANI...MUAT-MUAT MEJA JE....TAPI CC KATA YG TU IKUT SPECIFIKASI YG ASAL LA...HMM...SEKALI INGAT BEST GAK KALAU KEJE KAT KAMPUNG-KAMPUNG...DAH LA HIDUP AMAN DAMAI...(KES TAK BANYAK), DAPAT LAK TEMPAT DUDUK YG SELESA. AKU BUKANNYA APA...TAPI PADA AKU TEMPAT DUDUK KAT PEJABAT SAMA PENTING NGAN UMAH KITA GAK SEBAB 1/2 DARI MASA KITA DIHABISKAN DI PEJABAT..PAS TU JENGUK LAK TEMPAT PEGAWAI SOKONGAN DAN PROFESIONAL...HMM.OK LA...NOT BAD. COMPARE TO ME KAT KL NI...JAUH LEBIH SELESA. PEGAWAI DAPAT "DINDING" YG TINGGI....PRIVACY LA...PAS TU TEMPAT PUN LUAS GITU...




Tuesday, November 25, 2008

Bekwoh Adik Bosu
















HMMM...TANGGAL 22/11/2008 LEBIH KURANG JAM 9.00 MALAM MAKA DENGAN RASMINYE ADIK KESAYANGAN AKU DAH JADI MILIK ORANG LAIN. CEPATNYE MASA BERLALU. RASA MACAM BARU JE LAGI MAK MELAHIRKAN DIA...PADA 24/11/1984 YANG LALU....TUP-TUP SEKARANG DIA DAH KAWIN. AKU TAU BERAT HATI MAK NAK LEPASKAN ANAK BOSU DIA TU...YA LA...DIA LA AGAKNYE YG PALING RAPAT DENGAN MAK...PALING MENDAPAT TEMPAT DIHATI MAK. ADIK AKU NI SELAIN CANTIK BUDAKNYE...BAIK...ALIM...TAPI DAH ITU JODOH DIA...DAN DAH TIBA MASA DIA UNTUK KAWIN...SEBENORNYE AKU TAU MAK AMAT MENGHARAPKAN DIA UNTUK STAY LAMA DENGAN DIA SELEPAS ABIS BELAJAR...SABAR LA MAK....AKU TAU ADIK TU BUKAN BUDAK YANG TAK MENGENANG JASA...WALALUPUN DIA DAH JADI MILIK ORANG...NAMUN MAK TETAP YANG FIRST...

Thursday, November 20, 2008

ADA RINDU YANG MASIH BERSISA

HMM...ARI NI DAH SEMINGGU AKU KERJA KAT TEMPAT BARU DI PTK KL. RASA RINDU & SAYANG PADA TEMPAT LAMA MASIH TERASA. KALAU HARI JUMAAT MACAM NI BIASANYA AKU MESTI MERAYAU DENGAN MIRA. KALAU TAK MERAYAU PUN MESTI DOK LEPAK-LEPAK NGAN DIA. RUPANYA KERJA KAT SINI BANYAK RELAKSNYE DARI DI SUBANG JAYA. KALAU DISUBANG JAYA, SEMUA KEJE KENA BUAT SENDIRI...DARI A TO Z LA...TAPI KAT SINI BOLEH SERAHKAN PADA JURUBAHASA ATAUPUN KERANI ATAUPUN TYPIST...BEZA KAN...KAT SINI ADA LA MASA TERLUANG.TU YANG AKU BOLEH DOK DEPAN KOMPUTER DAN MENAIP CITE NI...MULANYA AKU INGAT NAK GI PEJABAT LAMA, TAPI TAK PE LA..ORANG KAT SANA PUN MUNGKIN DAH TAK NAK TENGOK MUKA AKU LAGI..KAN..KAN...

Saturday, November 1, 2008

hari terakhir di PTKSJ

semalam kiranya hari terakhir aku kat PTKSJ. Sedihla pulak sebab dah 8 tahun aku keje kat sini...macam-macam cite yg pernah aku lalui. Isnin nanti aku akan memulakan lembaran baru aku kat Pejabat baru kat KL....tah macam mana la orang-orang kat sana. Yang nyatanya aku akan kehilangan sahabat yang aku sayang Mira...aku tau walau kat mana aku pergi pun aku tak akan jumpa lagi sahabat sebaik dia.