Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Sudah lama saya tak up date blog ni...tiba-tiba hari ni...di permulaan tahun 2010 ni,keinginan datang mendadak. Tambahan lagi opis sunyi sangat hari ni...Sementelah ramai yang cuti menghantar anak memulakan persekolahan. Bagi saya, tugas tu saya serahkan pada En Lan je la...jadi bermakna saya boleh jimat cuti (hmm...kepentingan diri la pulak)..Tapi tak pe...cuti En Lan pun banyak lagi...baki cuti tahun lepas campur pulak ngan cuti tahun ni...hm...mau dekat 50 hari...(Itu la untungnye kerje gomen kan) Cuti banyak...jangan cemburu...cuti saya rasanya dekat dengan 80 hari...Hish..tak nak cerita la pasal cuti...bukannya menarik pun
Sebenarnya saya tak tau apa yang nak ditulis kat sini..cuma tangan ni je rasa rajin nak menaip. Itu la orang tulis blog say pun nak tulis blog juga, tapi seringkali bila dah menaip sikit...saya dah kebuntuan idea..tak pandai la nak mengarang macam orang lain. Saya hairan dengan orang yang boleh up date kan blog dia orang hari-hari...Macam-macam cerita yang dipaparkan..Seronok saya baca blog mereka.
Hmm..rasanya cukup la setakat ni sebagai permulaan. Saya nak tambah lagi, tapi tak ada idea la...SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua kawan-kawan