Tuesday, December 4, 2012
Baru Hari Ini
saya tahu betapa hebatnya kuasa lidah..patutlah banyak pepatah Melayu yang mengaitkan perilaku manusia dengan lidah. Lidah lebih tajam dari mata pedang, kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya....dan macam-macam lagi la perumpamaan. Sebenarnya benda-benda begini kalau kita tak alaminya, kita tak akan rasa keperitannya. Dek kerana lidah lah maka entry ni keluar selepas saya tak tak tulis blog 2 tahun lebih.
sebenarnya hati saya sedih..sangat sedih dan saya tak tau macam mana nak luahkan. Sebab tidak ada orang yang akan mengerti jauh sekali ingin berkongsi kesedihan ini. Saya dah tak tahan untuk menanggung sorang-sorang dan saya perlu luahkan.
Cerita bermula dengan wujudnya watak seorang perermpuan yang pada zahirnya mungkin nampak baik. Tapi siapa sangka kan...rupanya di sebalik kebaikan itu tersembunyi niat jahat dan sekeping hati yang tidak berapa bersih. Kerana dia persahabatan saya dengan seorang insan ni hampir berkecai. Saya tidak tahu apa motif dia..tapi apa yang jelas dia mahu memporak porandakan ketenangan dan keceriaan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)