Sunday, January 18, 2009

17 Januari 2008

Tarikh 17 Januari kembali lagi. Tarikh ini mengingatkan aku pada pemergian kak Ros...seorang cleaner/tea lady kat pejabat lama aku kat Subang Jaya. Mungkin tarikh ini tak penting pada orang lain untuk diingati..ya lah...siapa lah arwah kak Ros tu..antara beratus ribu orang Indonesia yang datang ke negara ini untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. Dia bukannya orang terbilang...orang tersohor untuk diingati..tapi dia tu sebenrnya banyak membuka mata aku tentang erti sebuah keperitan dalam sebuah kehidupan ini. Betapa dari jauh dia datang...bekerja siang malam untuk mencari rezeki halal bagi menampung keluarga dikampungnya. Alangkah daifnya kehidupan. Betapa mulianya seorang perempuan bergelar ibu..sanggup dia berpisah dari anak dan keluarga, merantau jauh ke negara orang semata-mata untuk memberi kesenangan pada keluarga tercinta. Sedangkan kita di bumi sendiri jarang bersyukur pada nikmat pemberian tuhan...kita leka dengan kesenangan dan keseronokan.

Arwah kak Ros ni memangnya seorang yang amat baik..sepanjang 8 tahun aku kenal dia, aku tak pernah pun merasa sakit hati pada dia. Itu lah kan..orang baik-baik ni cepat saja dijemput tuhan. Aku ingat lagi..betapa arwah ni memang seorang yang rajin bekerja...dia bukannya dok relak macam kita kalau hari minggu, tapi yang pastinya dia akan pergi kerumah orang atau kemana sahaja yang memerlukan khidmat dia...asalkan dia mendapat rezeki halal. Tapi dalam kesibukan itu, tak ada seorang pun yang tahu..tak ada seorang pun yang sedar bahawasanya dia sebenarnya berperang dengan kesakitan dan berjuang untuk hidup..dan tanpa diduga oleh sesiapa pun (benarlah Allah maha berkuasa), dia telah pergi menghadap Ilahi, keseorangan, bersendirian menghadapi sakratul maut...dan dia pergi dalam khidmat yang tak sudah...dalam kepayahan dan keperitan, dalam hasrat yang tak sampai...Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin

Thursday, January 15, 2009

Sambungan Kisah Mek (Part IV)




Aku tidak tahu bagaimana harus aku sambung Kisah Mek (Part IV)ini. Aku bukannya pandai merungkai kata-kata, yang mampu membuat orang yang membacanya benar-benar terpesona....tapi aku harus sambung juga kerana janjiku pada Salma dan untuk didedikasikan buat kami 4 beradik iaitu cucu-cucu Mek ini.

Semalam aku mendapat khabar Mek yang sememangnya tidak berapa sihat tu, sakit lagi. Aku cuba sedapkan hatiku...sakit orang tua..sakit yang di penghujung usia. Dan itulah juga yang pasti akan aku lalui nanti bila umurku sudah ditelan masa, seandainya aku masih lagi bernyawa. Tapi mungkin kalau aku sakit pun tidak akan sama dengan sakit yang dideritai oleh Mek sekarang. Aku bukannya orang yang pernah bekerja kuat macam Mek. Bila aku renung balik..bila aku kenang balik hidup Mek sebenarnya penuh dengan kesusahan dan keperitan. Sedari muda, Mek sudah lali dengan kerja-kerja kasar dan berat. Aku ingat lagi, waktu di kampung dulu, pagi-pagi lagi, waktu semua orang lena dibuai mimpi, Mek sudah bangun dan pergi menoreh getah. Pokok getahlah teman setia Mek dari muda hingga ke tua kerana Mek bukannya orang yang berpendidikan. Dan pokok getah itulah sebagai nadi kehidupannya, temannya yang setia saban masa. Waktu petang pula Mek akan pergi ke kebunnya. Masih lagi terasa sedapnya buah tembikai (kami panggil timun cina) yang kecil-kecil tapi telah masak yang ditanam oleh Mek dikebunnya. Mek juga tanam ubi kemili (ubi kegemaran abang). Dan kalau musim orang menanam padi, mek juga tak akan ketinggalan, begitu juga bila tiba musim tembakau. Mek, dengan kudrat seorang perempuan akan melakukan kerja-kerja tersebut seorang diri, demi mencari sesuap nasi. Penatnya Mek kerja, tak mengira masa, tak mengira ketika. Entahlah..mungkin sebab Mek sudah biasa keseorangan, dia tak anggap kerja-kerja tersebut beban baginya, tetapi sebagai penyambung nyawa hingga hujung usia. Setiap hari hingga senja melabuhkan tirainya, itulah rutin hidup Mek dan Mek akan terlena kepenatan bertemankan pelita ayan. Kasihan Mek, tidur berseorangan dalam kegelapan malam setelah waktu siang yang memenatkan. (Mek tetap akan menggunakan pelita minyak tanah, walaupun rumah nya ada bekalan elektrik). Dan aku kagum, betapa Mek..mampu mengerjakan semua itu bersendirian.

Aku rindu...Aku rindu pada Mek di waktu sihatnya...waktu kuatnya..waktu kami 3 beradik boleh mengusik dan bergurau dengannya, walaupun aku tahu, masa tersebut tidak akan kembali lagi.

Sekarang Mek sakit...Mek tidak sekuat itu lagi. Hendak bangun dan berjalan pun sudah tidak mampu lagi. Apatah lagi hendak menjenguk kebunnya. Kini tidak ada lagi kemanisan "timun cina", keenakan ubi kemili dan bau getah sekerap serta bunyi mersik daun-daun padi ditiup angin. Semuanya telah terhenti lantaran keuzuran Mek. Harapnya sakit Mek tidak berpanjangan dan Mak akan menjaganya sebaik mungkin selaku anak tunggal Mek.........sehingga ternoktah di sini..banyak kisah Mek yang belum selesai dipaparkan lagi dan lagi.....!@@#$%^&

Wednesday, January 7, 2009

Untuk Renungan

Aku pernah terbaca sajak/puisi? (aku pun tak tau)...dalm satu blog (sape...aku pun tak ingat...maka disini aku tulis balik kat sini...best kan sajak ni...

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
nescaya dapat daripadanya faedah
Bersunguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
maka keluarlah fi'il yang tiada senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Disitulah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi


Cukupkan...untuk jadi peringatan pada kita sepanjang masa supaya sentiasa menjaga diri kita daripada melakukan perkara-perkara buruk. Insya allah

Sunday, January 4, 2009

Bila Kemalasan Mula Beraja











Ini lah aku...entah kenapa akhir-akhir ni aku rasa macam malas. Malas yang amat-amat. Sampai semua benda aku buat sambil lewa je..dari kat pejabat sampai melarat hingga ke rumah. Rumah kita ni rupanya kalau kita nak buat ia bersepah senang je kan, tambah-tambah lagi tukang sepahnya ramai. Tapi nak memulihkannya kembali...aduh...siksa sungguh. So, nampaknya aku terpaksa menghabiskan hujung minggu aku dengan menyapu, mengelap, mengemop dan apa-apa lagi la yang sewaktu dengannya. Tak caya tengok la gambar tu...tikus pun tak sanggup nak tinggal dalam rumah aku...ish..pemalas betul...

Tapi tu sementara je la..aku sebenornye tak leh hidup dalam suasana macam tu dan akhirnya dengan pertolongan Emi dan Abah...aku berjaya memulihkan kembali rumah aku... Terima kasih Emi & Abah


Tuesday, December 23, 2008

Jejak Kasih

Ingat catatan aku pasal kenangan masa lalu...kenangan waktu darjah satu? Hei...aku betul-betul terperanjat hari ni sebab aku dapat e-mail dari isteri Arulnageswaran tu..Wow..dia terjumpa blog aku dan terbaca pasal catatan tu...tak sangka kan...terus dihantar e-mail pada aku...dan dia juga telah bercerita pada suaminya pasal cerita dalam blog tersebut...
Aku teringin sangat nak jumpa Arul dan isterinya tu...kih-kih..macam jejak kasih gitu
Hmm...pastinya nanti ia satu pertemuan yang menakjubkan

Monday, December 22, 2008

DIARY 2008




Alangkah cepatnya rentetan masa. 2008 sudah hampir ke penghujungnya meninggalkan seribu macam cerita dari awal sehingga ke akhirnya. Banyak ceritera yang ku simpan untuk 2008 ni..ada gembira, ada jua dukanya. Moga 2009 yang bakal menjelma akan lebih bermakna buat aku sekeluarga.
17/1/2008
Tarikh ini, kak Ros iaitu cleaner yang amat disayangi oleh warga JTK Selangor dan Subang Jaya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam diantara 11.00 hingga 12.00 tgh (hanya Allah yang mengetahui). Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang soleh
19/2/2008
Aku pergi ke Osaka, Jepun menghadiri kursus Job Coach dari 19/2/2008 - 28/2/2008
5/4/2008
Pakcik aku sebelah mak (Ayah Cu) jam 6.37 pm telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana cancer darah, dalam usia yg masih muda 36 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat
12/7/2008
Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.42 kg jam 6.35 petang
7/10/2008
Dapat surat kenaikan pangkat dan di arah bertukar ke Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan
23/11/2008
Adik bongsu kesayangan kawin


Thursday, December 11, 2008

KAT MANA LA DIA NI SEKARANG

HARI NI DAH JUMAAT...HAMPIR PERTENGAHAN DISEMBER 2008. CEPATNYA MASA BERLALU...SO, KALAU HARI JUMAAT CAM NI...AKU SEKARANG (SEJAK JADI PENULIS BLOG TERSOHOR NI) SUKA DOK DEPAN PC...MEMBACA BLOG KAWAN-KAWAN DAN AKHIRNYA MENITIPKAN SECEBIS RANGKAIAN KATA-KATA BUAT MENGISI KEKOSONGAN WAKTU SEMENTARA MENUNGGU PUKUL 2.45 UNTUK SAMBUNG KERJA SEMULA..



SEBENARNYA AKU BARU JE LEPAS BACA BLOG KAWAN AKU http://rusli77@blogspot.com DENGAN BLOGNYA CERITAKU. APA YANG DIA PAPARKAN KAT SITU..SEMEMANGNYA MENGUSIK JIWAKU. LEPAS BACA CERITA DIA PASAL "PENDIDIKAN"...AKU DIBAWA KENANGAN MASA KECILKU..AWAL-AWAL PERSEKOLAHAN DAN KAWAN-KAWAN. KALAU RUSLI KATA SAINGAN DIA WAKTU KAT KELAS IALAH JULIATY...AKU PULA SEORANG BUDAK LELAKI INDIA...A. ARULNAGESWARAN. DIA NI SATU-SATUNYA BUDAK INDIA KAT SEKOLAH WAKTU TU. TAPI DENGAN BANGGANYA AKU NAK CAKAP WAKTU DARJAH SATU AKU SELALU MENGATASI DIA. DENGAN REKOD AKU NOMBOR SATU DAN DIA NOMBOR DUA MEMANG MEMBERI KAMI PERSAINGAN SENGIT SETIAP UJIAN BULANAN, SEHINGGALAH PADA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DIA BERJAYA MENGATASAI AKU...BAGAIMANAPUN KAMI AKHIRNYA TERUS KEKAL DALAM KELAS YANG SAMA SEHINGGALAH DARJAH 6..DAN LEPAS DARJAH 6...KAMI BERPISAH...MEMBAWA HALUAN MASING-MASING SEHINGGA SEKARANG , AKU TAK TAHU DIA KAT MANA...

KADANG-KADANG TU BILA AKU JUMPA LELAKI INDIA YANG AKU AGAK BAYA-BAYA AKU...AKU SELALU TERFIKIR NI KE A.ARULNAGESWARAN TU..TAPI MUNGKIN LA SEKARANG NI DAH KEJA YANG HEBAT-HEBAT..SEBAB DIA TU PANDAI...HMM...KAT MANA LA DIA NI SEKARANG...