Monday, March 15, 2010

Home Sweet Home

Seronok rasanya bila dah balik rumah...alhamdulillah ya Allah..rindunya saya nak menatap anak teruna dan anak dara saya yang gebu tu...rindu juga saya nak menyapa ikan-ikan dalam akuarium...(teringat Awatif paling suka duduk tepi akuarium dan cakap..."Fish...angun..angun")"angun" maksudnya bangun...tak tau kenapa agaknya dia ingat ikan-ikan kt dalam akuarium tu semua tidur kot. Saya juga rindu pada pokok-pokok di halaman, pokok tembikai yang saya tanam, pokok bunga nasi kerabu (bunga telang)..yg ni org Kelantan mesti kenal ni..cili yg ayah tanam...dan kehijauan rumput carpet...semuanya menggamit saya pulang.

Jam 4.30 petang 15/3/2010, saya berjaya "melarikan diri" dari hospital Sungai Buloh. Doktor bagi cuti 6 minggu sampai 28/4/2010. Balik je pergi jemput si gebu dan abang. Alhamdulillah anak-anak saya sihat dan selamat...Alhamdulillah, ikan dan pokok2 kesayangan saya juga sihat...meliuk lintuk ditiup angin petang bersama pancaran sinaran mentari...cantiknya...

16/3/2010....memikirkan apa la yang saya nak buat selama 6 minggu ni...aduh bosannya, saya di rumah sorang-sorang...abang pegi tuisyen...adik lak kena hantar kt nursery sbb mama dilarang keras dukung dia...cuma boleh peluk dan cium je...saya dok tepi akuarium tengok ikan berenang, merenung pokok-pokok yang bercahaya disirami mentar pagi. Boring dok depan, saya beralih ke belakang konon nak makan nasi lemak..yang abah beli tadi. Tengok pinggan yang dh berbasuh tapi belum letak dalm kabinet, saya tanpa ragu kemaskan pinggan2 tu semua. Lepas tu masak air..tiba-tiba rasa sesak nafas..penat, mencungap-cungap saya seketika. Cepat penat (agaknya ini lah yang dirasai oleh orang yang baru lepas operation...patutlah orang cakap, jangan buat sebarang kerja pun, rehat, jangan bergerak banyak sangat). Saya gagahkan diri buat nescafee dan kononya nak bawa nasi lemak makan kat kerusi batu tepi akuarium..Bersusah nk buka pintu depan, dengan sudu dan garfu, sebungkus nasi lemak dan muga nescafee tiba2 nescafee panas tertumpah kena tangan. Dalam kekalutan,saya mencari minyak gamat, tak jumpa,(dah la jalan terbongkok2, pergerakan pun lembab),saya ambik ubat gigi..lega sikit. Kemudian call abah tanya mana minyak gamat. Kesian dia yang dalam perjalanan ke pejabat patah balik, mungkin kesian kat saya yang mengaduh kesakitan. minyak gamat kat tingkat atas (pastinya ambik masa yang lama untuk saya menapak keatas dengan keadaan saya yg macam ni)

Alamak...ni baru tak sampai suku hari saya kat rumah, dah ada tragedi..tak apa...esok saya kena lebih berhati-hati kerana saya dah tak sekuat dulu..hmm apa pun bestnya duduk rumah....hehe HOME SWEET HOME...

Sunday, March 14, 2010

Sakit Itu Menyiksakan

Selaku manusia, hidup dan mati sepatutnya kerana Allah s.w.t sebagaimana firmannya dalam surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud "Katakanlah, sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam....."syukur yang teramat pada Mu ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk hambaMu ini bernafas dan melangkah di bumi ini. Kesakitan ini walau amat menyiksakan, namun cukup banyak untuk menginsafkan saya. Banyak yang saya janjikan dengan diri ini sepanjang sakit ni..terutamanya hendak menambah amal ibadat (saya tak patut cakap kat sini kan, takut tak terbuat), keduanya saya hendak taat sepenuhnya pada suami dan kedua ibu bapa saya, pas tu saya nak didik anak2 saya betul supaya menjadi seorang muslim dan mslimat yang disayangi Allah....banyak lagi...bla-bla-bla.
Saya tak boleh utarakan semuanya...bahaya...tapi itulah hakikatnya. Saat saya nak dibius saya mengucap dan mohon kemapunan dari Allah sebanyak-banyaknya...manalah tau..waktu tu saya terus tidur untuk selama-lamanya...besar kekuasaanMu Ya Allah..syukur padaMu..
Sebelum masuk hospital, saya sering bermonolog sendiri, kenapa saya yang kena macam ni...orang lain boleh hidup riang ria, sihat walafiat...saya? Saya sering menyalahkan diri sendiri dan takdir, tapi bila dah masuk kat sini macam-macam penyakit yang saya jumpa...Subhanallah.
Satu lagi bila kita sakit ni...kita boleh kenal sebenarnya siapa kawan kita yang sebenar-benarnya..rupanya kawan susah memang payah nak cari. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Mira dan Nairul...korang memang kawan sejati...juga kita dapat kenal siapa antara adik beradik yang benar-benar sayangkan kita. Terima kasih untuk adik Salma...semoga tali silaturrahim kita akan kekal sehingga mati.

Sakit Itu Menyiksakan

Hari ni dah masuk hari yang keempat saya kt hospital ni. Rasa seronok sikt hari ni...sebab kawan-kawan datang melawat..pas tu sbb husband bawakan lap top..so boleh lah buka FB untuk menghilangkan sunyi. kalau tak..dok kira masa je...bila la nk balik rumah ni..Bila sakit ni macam-macm yang terkenang..selain boleh rasa keinsafan dalam keperitan menanggung kesakitan...semakin rasa takut menghadapi hari kematian. Ini adalah first time saya menghadapi operation. Walapun dah dua kali bersalin, saya tak pernah kena operate. Rasa lucu pulak bila teringat waktu bersalin kali kedua dulu, bila dah rasa tak tahan lagi menaggung sakit, saya request dgn doktor untuk operation...saya ingat operation lagi senang..nasib baik doktor tu halang. Walaupun doktor tu berbangsa India..tapi dia sentiasa ingatkan saya erti kekuatan dan kesabaran. Balik pada cerita operation ni...sebelum operation hati saya dah gundah gulana...para doktor pun serius semacam je...dah sampai lima enam kali scan...tak puas hati kerana ct scan yang saya jalani tak sama dgn pandangan doktor. Saya jadi takut sendiri. Setiap saat hanya berdoa supaya Allah panjangkan umur saya kerana anak-anak saya masih kecil dan saya masih ada kedua org tua yang akan tua yang memerlukan penjagaan saya. Doktor pun sama...mula2 dia org cakap...saya akan dibius penuh, pas tu...cakap pulak separuh...dah saya mula ketakutan..tapi dalam hati bagus juga bius separuh sbb waktu operate tu saya boleh berdoa pada tuhan, tak pun berzikir sebanyak mungkin. Dan di saat2 akhir, bagi tahu pulak..bius penuh...dan saya tak tahu apa terjadi sehingga 2 jam kemudian iaitu selepas operation dimana saya dikejutkan dan saya alami kesakitan yang amat. (Hmm..waktu entry ni ditulis...pesakit kt depan saya sedang menangis..tak pasti dia sakit apa.yg pasti berkaitan dengan kandungannya..sian dia...)saya nk stop la kejap...husband datang nk sembang ngan dia.

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Sudah lama saya tak up date blog ni...tiba-tiba hari ni...di permulaan tahun 2010 ni,keinginan datang mendadak. Tambahan lagi opis sunyi sangat hari ni...Sementelah ramai yang cuti menghantar anak memulakan persekolahan. Bagi saya, tugas tu saya serahkan pada En Lan je la...jadi bermakna saya boleh jimat cuti (hmm...kepentingan diri la pulak)..Tapi tak pe...cuti En Lan pun banyak lagi...baki cuti tahun lepas campur pulak ngan cuti tahun ni...hm...mau dekat 50 hari...(Itu la untungnye kerje gomen kan) Cuti banyak...jangan cemburu...cuti saya rasanya dekat dengan 80 hari...Hish..tak nak cerita la pasal cuti...bukannya menarik pun
Sebenarnya saya tak tau apa yang nak ditulis kat sini..cuma tangan ni je rasa rajin nak menaip. Itu la orang tulis blog say pun nak tulis blog juga, tapi seringkali bila dah menaip sikit...saya dah kebuntuan idea..tak pandai la nak mengarang macam orang lain. Saya hairan dengan orang yang boleh up date kan blog dia orang hari-hari...Macam-macam cerita yang dipaparkan..Seronok saya baca blog mereka.
Hmm..rasanya cukup la setakat ni sebagai permulaan. Saya nak tambah lagi, tapi tak ada idea la...SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua kawan-kawan

Thursday, August 13, 2009

Opis KL Yang Aku Tinggalkan




Tanggal 31/7/2009, merupakan last daya aku kerja kt PTK KL. Siapa sangka kan, akhirnya doa aku dimakbulkan Tuhan juga. Sedih juga..sapa kata tak sedih nak tinggalkan tempat aku cari makan. Tapi memangnya jodoh aku dengan PTK KL ni memang nya tak panjang. Kalau dulu tempat pertama aku posting ialah pejabat ni. Tapi hanya untuk sebulan sahaja. Kali ini aku posting lagi ke KL tapi hanya untuk tempoh lebih kurang 8 bulan itupun setelah dicampur dengan kursus 3 bulan. Bagiamanapun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai dan kakitangan PTK KL yang telah sudi menerima kehadiran aku untuk tempoh yang singkat itu. Namun sebenrnya banyak yang telah aku pelajari di sini. Segala jasa dan budi kalian tidak akan aku lupakan...terutamanya Devi (Jurubahasa aku ni), Winnie, Maharom....bla..bla..bla..muahh..untuk semua

Wednesday, July 29, 2009

Hari Jadi Sara



Selamat Hari Jadi... my sweet niece. I LOVE U

Monday, July 27, 2009

Hati Di dalam Siapa Yang Tahu

Semalam 27/7/2009, sekali lagi aku pegi ibu pejabat berkaitan dengan urusan tukar pejabat dari KL ke Subang. Sebenarnya hari tu aku dah pergi dan jumpa dengan Encik Azizan tapi belum lagi mendapat kata putus. Bermakna belum ada apa-apa la...tapi yg aku cukup sedihnya, cepat betul berita tersebar...yg tak sedap di dengar ialah Rohaiza tu kabel besar betul...boleh tolak orang lain untuk masuk SJ ni..Apa..kabel besar...ya Allah, aku nak pegi HQ tu pun terketar-ketar, dengan Encik Azizan yang aku tak pernah kenal, aku di kata kabel besar. Itu pun aku pergi sebab pada mulanya nak temankan member aku..so ambik la kesempatan sekali. Sedihnya...tolong la jangan dok buat dakyah macam ni..kesian aku..kalu betul tak pe la.
Tapi aku tau...bila berita ni tersebar,ada "orang" yang tak puas hati. Tak tau kenapa dengan dia ni...Seingat aku, aku tak pernah menyusahkan dia. Tapi dari sumber yang boleh dipercayai orang tu muka dah semacam bila dengar aku nak balik SJ. Kenapa macam ni, aku sedih..memang la aku beria nk balik SJ, tapi aku bukan tolak orang lain untuk kepentingan aku..malah semasa rundingan semalam ini semua pertukaran 3 segi, tak ada masalah apa pun, jadi pada dia atau sesapa sahaja, tolong la faham. Aku bukannya orang yang nak menindas orang lain untuk kepentingan diri.. Sedihnya hati ni...kalau orang yang kita sayang pun dah benci kita..ya masa telah merubah segalanya...