Seronok rasanya bila dah balik rumah...alhamdulillah ya Allah..rindunya saya nak menatap anak teruna dan anak dara saya yang gebu tu...rindu juga saya nak menyapa ikan-ikan dalam akuarium...(teringat Awatif paling suka duduk tepi akuarium dan cakap..."Fish...angun..angun")"angun" maksudnya bangun...tak tau kenapa agaknya dia ingat ikan-ikan kt dalam akuarium tu semua tidur kot. Saya juga rindu pada pokok-pokok di halaman, pokok tembikai yang saya tanam, pokok bunga nasi kerabu (bunga telang)..yg ni org Kelantan mesti kenal ni..cili yg ayah tanam...dan kehijauan rumput carpet...semuanya menggamit saya pulang.
Jam 4.30 petang 15/3/2010, saya berjaya "melarikan diri" dari hospital Sungai Buloh. Doktor bagi cuti 6 minggu sampai 28/4/2010. Balik je pergi jemput si gebu dan abang. Alhamdulillah anak-anak saya sihat dan selamat...Alhamdulillah, ikan dan pokok2 kesayangan saya juga sihat...meliuk lintuk ditiup angin petang bersama pancaran sinaran mentari...cantiknya...
16/3/2010....memikirkan apa la yang saya nak buat selama 6 minggu ni...aduh bosannya, saya di rumah sorang-sorang...abang pegi tuisyen...adik lak kena hantar kt nursery sbb mama dilarang keras dukung dia...cuma boleh peluk dan cium je...saya dok tepi akuarium tengok ikan berenang, merenung pokok-pokok yang bercahaya disirami mentar pagi. Boring dok depan, saya beralih ke belakang konon nak makan nasi lemak..yang abah beli tadi. Tengok pinggan yang dh berbasuh tapi belum letak dalm kabinet, saya tanpa ragu kemaskan pinggan2 tu semua. Lepas tu masak air..tiba-tiba rasa sesak nafas..penat, mencungap-cungap saya seketika. Cepat penat (agaknya ini lah yang dirasai oleh orang yang baru lepas operation...patutlah orang cakap, jangan buat sebarang kerja pun, rehat, jangan bergerak banyak sangat). Saya gagahkan diri buat nescafee dan kononya nak bawa nasi lemak makan kat kerusi batu tepi akuarium..Bersusah nk buka pintu depan, dengan sudu dan garfu, sebungkus nasi lemak dan muga nescafee tiba2 nescafee panas tertumpah kena tangan. Dalam kekalutan,saya mencari minyak gamat, tak jumpa,(dah la jalan terbongkok2, pergerakan pun lembab),saya ambik ubat gigi..lega sikit. Kemudian call abah tanya mana minyak gamat. Kesian dia yang dalam perjalanan ke pejabat patah balik, mungkin kesian kat saya yang mengaduh kesakitan. minyak gamat kat tingkat atas (pastinya ambik masa yang lama untuk saya menapak keatas dengan keadaan saya yg macam ni)
Alamak...ni baru tak sampai suku hari saya kat rumah, dah ada tragedi..tak apa...esok saya kena lebih berhati-hati kerana saya dah tak sekuat dulu..hmm apa pun bestnya duduk rumah....hehe HOME SWEET HOME...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah dah balik umah..lega kan. tu laa...jgn byk bergerak kak haiza, baru sgt lg, rehat je. bila lagi..selama ni asyik buat keja je, ni la time nak rehat pun...jaga diri tau
tq Naim...kak Haiza dah rindu nak balik keje ni...rindu kat En Rosli...hehe
Post a Comment