Sunday, March 14, 2010

Sakit Itu Menyiksakan

Hari ni dah masuk hari yang keempat saya kt hospital ni. Rasa seronok sikt hari ni...sebab kawan-kawan datang melawat..pas tu sbb husband bawakan lap top..so boleh lah buka FB untuk menghilangkan sunyi. kalau tak..dok kira masa je...bila la nk balik rumah ni..Bila sakit ni macam-macm yang terkenang..selain boleh rasa keinsafan dalam keperitan menanggung kesakitan...semakin rasa takut menghadapi hari kematian. Ini adalah first time saya menghadapi operation. Walapun dah dua kali bersalin, saya tak pernah kena operate. Rasa lucu pulak bila teringat waktu bersalin kali kedua dulu, bila dah rasa tak tahan lagi menaggung sakit, saya request dgn doktor untuk operation...saya ingat operation lagi senang..nasib baik doktor tu halang. Walaupun doktor tu berbangsa India..tapi dia sentiasa ingatkan saya erti kekuatan dan kesabaran. Balik pada cerita operation ni...sebelum operation hati saya dah gundah gulana...para doktor pun serius semacam je...dah sampai lima enam kali scan...tak puas hati kerana ct scan yang saya jalani tak sama dgn pandangan doktor. Saya jadi takut sendiri. Setiap saat hanya berdoa supaya Allah panjangkan umur saya kerana anak-anak saya masih kecil dan saya masih ada kedua org tua yang akan tua yang memerlukan penjagaan saya. Doktor pun sama...mula2 dia org cakap...saya akan dibius penuh, pas tu...cakap pulak separuh...dah saya mula ketakutan..tapi dalam hati bagus juga bius separuh sbb waktu operate tu saya boleh berdoa pada tuhan, tak pun berzikir sebanyak mungkin. Dan di saat2 akhir, bagi tahu pulak..bius penuh...dan saya tak tahu apa terjadi sehingga 2 jam kemudian iaitu selepas operation dimana saya dikejutkan dan saya alami kesakitan yang amat. (Hmm..waktu entry ni ditulis...pesakit kt depan saya sedang menangis..tak pasti dia sakit apa.yg pasti berkaitan dengan kandungannya..sian dia...)saya nk stop la kejap...husband datang nk sembang ngan dia.

3 comments:

RinnAzrinah said...

Akak kat spital mane?
Rehat byk2 tau..
Jgn lupa mkn ubat...
take care....
kene mkn ikan haruan atau pati ikan haruan spy bekas jahitan tuh cepat sembuh...

AkuPunyaCerita said...

salam kak haiza,
sesungguhnya kami kt negeri ni tak tau apapun, tau2 dgq kak haiza masuk spital. kenapa kak haiza? cerita la betoi2...apapun jaga diri tau, sayang kak haiza!!

Rohaiza said...

tima kacih adik2 ku...