Sunday, January 18, 2009

17 Januari 2008

Tarikh 17 Januari kembali lagi. Tarikh ini mengingatkan aku pada pemergian kak Ros...seorang cleaner/tea lady kat pejabat lama aku kat Subang Jaya. Mungkin tarikh ini tak penting pada orang lain untuk diingati..ya lah...siapa lah arwah kak Ros tu..antara beratus ribu orang Indonesia yang datang ke negara ini untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. Dia bukannya orang terbilang...orang tersohor untuk diingati..tapi dia tu sebenrnya banyak membuka mata aku tentang erti sebuah keperitan dalam sebuah kehidupan ini. Betapa dari jauh dia datang...bekerja siang malam untuk mencari rezeki halal bagi menampung keluarga dikampungnya. Alangkah daifnya kehidupan. Betapa mulianya seorang perempuan bergelar ibu..sanggup dia berpisah dari anak dan keluarga, merantau jauh ke negara orang semata-mata untuk memberi kesenangan pada keluarga tercinta. Sedangkan kita di bumi sendiri jarang bersyukur pada nikmat pemberian tuhan...kita leka dengan kesenangan dan keseronokan.

Arwah kak Ros ni memangnya seorang yang amat baik..sepanjang 8 tahun aku kenal dia, aku tak pernah pun merasa sakit hati pada dia. Itu lah kan..orang baik-baik ni cepat saja dijemput tuhan. Aku ingat lagi..betapa arwah ni memang seorang yang rajin bekerja...dia bukannya dok relak macam kita kalau hari minggu, tapi yang pastinya dia akan pergi kerumah orang atau kemana sahaja yang memerlukan khidmat dia...asalkan dia mendapat rezeki halal. Tapi dalam kesibukan itu, tak ada seorang pun yang tahu..tak ada seorang pun yang sedar bahawasanya dia sebenarnya berperang dengan kesakitan dan berjuang untuk hidup..dan tanpa diduga oleh sesiapa pun (benarlah Allah maha berkuasa), dia telah pergi menghadap Ilahi, keseorangan, bersendirian menghadapi sakratul maut...dan dia pergi dalam khidmat yang tak sudah...dalam kepayahan dan keperitan, dalam hasrat yang tak sampai...Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin

1 comment:

Sally said...

Alfatihah untuk Allahyarhamah Kak Ros.. pernah bersua sekali jer dan seterusnya hanyalah cerita dari Kak Za..semoga rohnya dicucuri rahmat.bukan senang nak jumpa org yang baik-baik ni