Thursday, August 13, 2009

Opis KL Yang Aku Tinggalkan




Tanggal 31/7/2009, merupakan last daya aku kerja kt PTK KL. Siapa sangka kan, akhirnya doa aku dimakbulkan Tuhan juga. Sedih juga..sapa kata tak sedih nak tinggalkan tempat aku cari makan. Tapi memangnya jodoh aku dengan PTK KL ni memang nya tak panjang. Kalau dulu tempat pertama aku posting ialah pejabat ni. Tapi hanya untuk sebulan sahaja. Kali ini aku posting lagi ke KL tapi hanya untuk tempoh lebih kurang 8 bulan itupun setelah dicampur dengan kursus 3 bulan. Bagiamanapun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai dan kakitangan PTK KL yang telah sudi menerima kehadiran aku untuk tempoh yang singkat itu. Namun sebenrnya banyak yang telah aku pelajari di sini. Segala jasa dan budi kalian tidak akan aku lupakan...terutamanya Devi (Jurubahasa aku ni), Winnie, Maharom....bla..bla..bla..muahh..untuk semua

Wednesday, July 29, 2009

Hari Jadi Sara



Selamat Hari Jadi... my sweet niece. I LOVE U

Monday, July 27, 2009

Hati Di dalam Siapa Yang Tahu

Semalam 27/7/2009, sekali lagi aku pegi ibu pejabat berkaitan dengan urusan tukar pejabat dari KL ke Subang. Sebenarnya hari tu aku dah pergi dan jumpa dengan Encik Azizan tapi belum lagi mendapat kata putus. Bermakna belum ada apa-apa la...tapi yg aku cukup sedihnya, cepat betul berita tersebar...yg tak sedap di dengar ialah Rohaiza tu kabel besar betul...boleh tolak orang lain untuk masuk SJ ni..Apa..kabel besar...ya Allah, aku nak pegi HQ tu pun terketar-ketar, dengan Encik Azizan yang aku tak pernah kenal, aku di kata kabel besar. Itu pun aku pergi sebab pada mulanya nak temankan member aku..so ambik la kesempatan sekali. Sedihnya...tolong la jangan dok buat dakyah macam ni..kesian aku..kalu betul tak pe la.
Tapi aku tau...bila berita ni tersebar,ada "orang" yang tak puas hati. Tak tau kenapa dengan dia ni...Seingat aku, aku tak pernah menyusahkan dia. Tapi dari sumber yang boleh dipercayai orang tu muka dah semacam bila dengar aku nak balik SJ. Kenapa macam ni, aku sedih..memang la aku beria nk balik SJ, tapi aku bukan tolak orang lain untuk kepentingan aku..malah semasa rundingan semalam ini semua pertukaran 3 segi, tak ada masalah apa pun, jadi pada dia atau sesapa sahaja, tolong la faham. Aku bukannya orang yang nak menindas orang lain untuk kepentingan diri.. Sedihnya hati ni...kalau orang yang kita sayang pun dah benci kita..ya masa telah merubah segalanya...

Baru Nak Jenguk

Hmm...hari ni baru aku bekesempatan untuk menjenguk blog ni.. Memang betul la cakap cik Sally...blog aku ni rupanya dah bersawang...banyaknya sawang...dikiri sawang, dikanan sawang...huhu kesiannya. Sebenarnya bukan aku tak nak update blog ni, tapi aku benar-benar kesuntukan masa. Sejak dari hujung April lepas sampai la hujung Julai...aku rasa terlalu penat, penat yang amat berkursus anjuran ISMK tu...ni En Bahar punya kijo la ni..Pada mulanya memang aku tak setuju sangat-sangat ngan kursus 3 bulan ni, tapi apa nak buat...SAYA YANG MENURUT PERINTAH, maka nak tak nak kena la ikut juga. Tapi bila last2 tu rasa syok la pulak..then bila last day...menangis plak berpisah ngan kak Shakina, Emma, Ummi dan lain-lain cuma dengan kak Sham je tak sedih, sebab tau akan berjumpa gak ngan dia. Ala, KL dgn Subang tu sepelaung je..Tapi yang geramnya kak Sham ni org semua dok tangkap leleh, dia bantai gelak bergling-guling..hissh, tak dak perasaan langsung..
Sabtu lepas aku bersihkan rumah aku sebersih-bersihnya...sbb dah 3 bulan cuma menyapu "cap ayam" je..
Dalam 3 bulan lepas sebenarnya hidup aku terkejar-kejar sangat. Kalu tak dak kelas, aku akan pecut keta balik rumah...pointnya nak jumpa Awatif...
Awatif, mulai hari ni mama janji takkan tinggal Awatif lama-lama lagi.

Sunday, March 22, 2009

Weekend Yang Memenatkan..Rindu Yang Tak Kesampaian


Aku kena balik kampung lagi. Aku bukannya tak suka balik kampung, tapi sebab kampung aku tu jauh...aku tak rasa la nak balik selalu. Tapi hujung minggu baru ni kami balik jugak. Nak buat macam mana..mulanya aku ingat tak nak balik, tapi memikirkan mak mertua pulak yang call suruh balik kena la balik juga sempena menyambut menantu baru dalam keluarganya. Kami balik hari Jumaat pagi dan sampai kat Kelantan pada jam 5.00 petang. Kesian Awatif..baru nak baik dari demam, kena pulak berjalan jauh macam ni..Hari Sabtu kenduri kat rumah mak mertua aku dan Ahad terpaksa balik KL sebab Emi nak sekolah. Yang aku terkilan sesangat ialah aku tak sempat pun jumpa Mek..cuma dengar mak je la yang cakap Mek sihat. Aku ralat la...aku ni salah satu dari 4 cucunya sahaja kat dunia ni..tapi pulang yang cuma sekali sekala pun aku tak sempat menjengah dia. Aku terpaksa pendam rindu yang berasrang ni...aku nak balik lagi...cuti sekolah nanti..aku rindu Mek..

Projek Lintah Abang


Takut je bunyi tajuknya kan...tapi itulah hakikatnya. Kalau dulu lintah ni adalah merupakan salah satu jenis binatang yang amat ditakuti terutamanya orang perempuan. atpi hari ini kat mana-mana rata-rata orang bercakap pasal penjanaan pendapatan hasil dari penternakan lintah ni. Abang aku juga tak terkecuali menceburkan diri dlam bidang ni..dan sebagai menyokong usaha abang ni kami ramai-ramai satu famili pergi ke Melaka pada 7 & 8 Mac untuk melihat hasil usaha abang. Dan sememangnye..ei...memang menakutkan melihat lintah-lintah ini dengan ghairahnya meluru ke arah kami tatkala kami cuba mencecahkan kaki ke dalam kolamnya. Ada lebih kurang 15 kolam yang mana kesemuanya menemptkan beribu-ribu lintah ini.

Wednesday, March 18, 2009

Apa Ada Dalam Beg Kita


Boring dok depan pc waktu time lunch ni...aku selongkar handbag aku. Banyak sungguh harta benda kat dalam ni. Tengok..aku pasti dalam beg orang lain penuh macam ni.

Thursday, March 5, 2009

Nasi Kukus Ayam Dara


Tak tau la siapa yang mula-mula mencipta resepi dan nama untuk produk ini. Yang nyatanya hari ni kat mana-mana pun Nasi Kukus Ayam Dara ni dah mula mencipta nama di persada makan-makan. Nasi Kukus Ayam Dara (NKAD) ni biasanya dijual dalam bentuk nasi yang dikukus dan dilengkapkan dengan ayam (tak tau la ayam ni dara ke, janda ke) yang dibelah empat. Agak besar la juga saiz ayam.. Bersama-sama dengan nasi dan ayam ini akan ada juga kuah kari yang cair dan juga sambal belacan..Hmmm Selamat Menjamu Selera..sedapnye...

Thursday, February 12, 2009

Kena Tag Lagi

Nampak gayanya demam Tagging dah mulai melanda para penulis blog. Waktu buka blog hari Selasa hari tu...tengok-tengok kena Tag lagi dengan Cik Sally. Amboi orang tag dia, dia pun tag orang, so sebagai membalas dendam aku akan Tag pula kawan-kawan lepas aku menjawab "tag" Cik Sally ni.


Please copy the following rules in your post (as usual)

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.


2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.


3. You have to tag another 5 person to answer this tag.


Romantic movie? Alahai dah lama aku tak beromantik ni..Dah tua sangat dah rasanya nak melayan Romantik movie ni...dan kebanyakan romantik movie yang aku tengok dah hampir kabur dalam ingatan aku. Jadi buat permulaan aku akan tulis 2 daripada 5 romantik movie tu terlebih dahulu. Lagipun aku ni bukannya kaki wayang dan tak tengok wayang. Semua cerita melalui TV je la..

SANGAM


Cerita Sangam ni merupakan kisah cinta 3 segi pada zaman dulu dulu. Heronya pun tak lah handsome sangat, tapi heroinnya macam muka kawan aku, Salwa. Gopal, Raju dan Radha merupakan kawan baik. Raju dan Gopal sama -sama mencintai Radha sebenarnya tanpa pengetahuan Radha, manakala Radha sebenarnya amat mencintai Gopal. Radha tidak menyuarakan perasaannya pada Gopal dan hanya menunggu Gopal memulakan dahulu. Demikian Raju yang mempunyai perasaan pada Radha selalu bercerita perasaannya pada Gopal dan sering meminta Gopal mengajarnya bagaimana mahu memikat Radha. Gopal berdiam diri apabila mengetahui Raju amat mencintai Radha. Hingga akhirnya Gopal dan RAju berkahwin..aghh...malas lah aku nak cerita lagi..sebab cerita sedih sangat. Cerita ni banyak mengajar kepada kita erti persahabatan yang amat tinggi nilainya.

KUC KUCH HOTA HAI

yang ni pun 3 segi punya cinta jugak. (Hindustan lagi). Juga mengajar kita tentang erti persahabatan. Kalau kisah Sangam ada 2 hero dengan satu heroin tapi cerita KKHH ni ada 2 heroin dengan satu hero. Kisah bermula di kolej dimana Anjali dan sepupunya sama-sama mencintai Rahul. Rahul yang tidak menyedari Anjali menyintainya telah berkahwin dengan sepupu Anjali dan meninggalkan Anjali. Masa memisahkan mereka sehingga akhirnya menemukan mereka kembali melalui anak Rahul dengan sepupu Anjali yang juga anak tersebut diberi nama Anjali. Pengakhiran yang tidak berapa menyedihkan tapi mampu mengajar kita erti persahabatan juga.

Rasanya cukup la dulu Cik Sally..aku dah tak mampu nak cerita lagi. Lepas berkahwin dan mempunyai anak, masa untuk menonton TV terutamanya filem2 terpaksa dikurangkan. Kalau cerita bersiri yang disairkan tiap-tiap hari kat TV yang masnya cuma 1/2 jam hingga sejam tu boleh la..tu pun sambil lipat baju.

So sebagai membalas dendam, aku nak tag orang la plak iaitu:
1)Reen(suarahatiberkata.blogspot.com)
2)Nurul (pu3-mawar.blogspot.com)
3)Naimah(haieimanstories.blogspot.com)
4)Saleha (ernadisha.blogspot.com)
5)Muliazi (muliazi.blogspot.com)

Thursday, February 5, 2009

Aku Sepasang Kasut


Nama aku XES.. berwarna hitam. Aku tidak tahu bilakah aku dilahirkan dan juga tak pasti dimanakah tempat kelahiran ku...yang nyatanya aku dah siap dipamerkan di atas rak kaca di kedai XES di Tingkat 3, Careefour Subang Jaya. Dan aku kemudiannya telah dibeli oelh seorang perempuan yang agak kurus juga. Lega aku, sebab kalau perempuan gemuk yang membeli aku...jawabnya..penat la ku sepanjang zaman. Terpaksa menahan beban badannya setiap kali dia memakai aku..tapi dah pun nama aku kasut..
Aku beruntung, perempuan ni menjaga aku dengan baik walaupun terdapat banyak pasang lagi kasut kepunyaannya. Peringkat awal aku dilayan dengan baik dan dipakai hanya untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Aku beruntung sebab aku tidak dibawa menemaninya ke tandas...kerana yang jadi mangsa tuan aku untukke tandas ialah sepasang selipar jepun. Masa aku banyak dihabiskan di dalam kereta dan kadangkala dibawah meja di pejabatnya. Sebagaimana aku dihargai oleh tuan aku, begitu juga lah aku menghargainya sehingga pada satu hari, aku dipakai dengan agak rakus dan dibawa berjalan dengan laju oleh tuan aku ni. Aku tidak terperanjat sebab dia memang berjalan laju, tapi pagi ni agak pelik sikit. Akibatnya aku yang sudah agak tua ni..gagal mengawal keadaan dan kasihan, tuan aku terjatuh, bersama-sama dengan aku di tangga dekat rumahnya. Aku tercampak agak jauh dan tumit aku sebelah kiri telah tertanggal. Aku juga mengalami kesakitan sebagaimana tuan aku. Tapi apa nak buat kan..bukan juga salah aku..Kasihan tuan aku..dua hari dia cuti sakit. Dengar khabar pasal insiden tu, kaki dia terseliuh sikit.
Selepas detik itu...aku seolah sudah tak dipedulikan. Ya la..tumit aku dah patah. Aku sedih..aku tak dapat lagi berbakti pada tuan aku. Aku tak dapat lagi ikut dia ke mana-mana..Dan baru baru ni...aku dah nampak siapa yang ganti aku. Sepasang kasut hitam juga, kalau tak silap nama dia VETINI. Aku faham, itulah kehidupan, bila kita sudah tidak berdaya lagi, sudah tidak berguna lagi, kita akan dipinggirkan.
Tapi aku hairan...kenapa la tuan aku tak buang saja aku ni. Dengan tumit aku yang tertanggal ni..aku masih lagi disimpan dalam keretanya dan sesungguhnya aku sendiri tak tau bila aku akan dihumban ke tong sampah..juga aku percaya tuan aku juga tak tau sama ada nak buang aku ke tong sampah atu sebaliknya.

Kena Tag...

Dah lama tak jenguk blog ni..lately agak sibuk sikit..banyak kes-kes tuntutan dari pekerja yang perlu aku bicarakan. Majikan pulak..kenapa la degil semacam..kalu dah hak orang tu bagi je la...tak baik kita menidakkan hak orang betul tak. Tu salah satu sebab...blog tak dijengah, satu lagi sebab dok sibuk juga melayan facebook..aku dah jadi ketagih melayan facebook akhir-akhir ni...semenjak jumpa pulak member-member lama dalam ni...yg kebanyakannya dah berjaya dalam hidup mereka. Tak terasa betapa cepat masa berlalu..dari budak-budak dua tiga puluh tahun dulu sekarang dah jadi mak budak pula.

Rupanya aku pun kena tag dengan Cik Sally ye..tapi maaf la lambat betul nak jawabnye Cik Sally...masa tak mengizinkan. So kat bawah ni adalah jawapan kepada persoaln yang diutarakan oleh Cik Sally kita ni:

1. Apa yang anda sering buat akhir-akhir ini diawal pagi?
AWAL PAGI..SEKARANG NIRAJIN LA BUAT BEKAL NAK BAWA PEGI KERJA MEMANDANGKAN SEKARANG NI ZAMAN JIMAT CERMAT. KADANG TU MASAK NASI, KADANG BAWA KUIH JE...
2. Apa yang membuatkan anda tersenyum/mahupun mencebik tentang teman skerja anda?
TERSENYUM TU KALAU ADA YANG BUAT LAWAK BODOH LA...DAN MENCEBIK TU KALAU ADA YANG PERASAN SORANG-SORANG
3. Perkara yang memalukan anda dalam tempoh terdekat yang telah anda alami?
RASANYA MACAM TAK ADA LE..MUNGKIN JUGA INSIDEN TERPELECOK KAT TANGGA SEHINGGA MENYEBABKAN MC DUA HARI TU...TAPI HANYA SEORANG SAJA YANG NAMPAK IAITU PAK DIN
4. Apa yang membuatkan anda ingin termuntah?
KALAU KAWAN KITA DOK ULANG CAKAP BENDA YANG SAMA SETIAP HARI
5. Harapan anda dengan suasana persekitaran anda sekarang? (rumah/pejabat/ruang di mana anda berada sekarang)?.
RUMAH - MESTILAH NAK PINDAH KE RUMAH YANG BARU KAT PRISTANA TU
PEJABAT - MESTILAH NAK PEJABAT YANG SERBA CANGGIH GITU..TAK PUN PEJABAT KAT RUMAH, SENANG SIKIT NAK TENGOK AWATIF
6. Impian anda pada bulan February ini?
NAK TENGOK RUMAH YG TENGAH RENOVATE TU JADI RUMAH YANG CANTIK...ISH..TAK SABARNYE
7. Kerja/task anda yang belum settle pada bulan January lalu?.
APA LAGI...FAIL KES BURUH LA...BANYAK LAGI TERTUNGGAK NI..

Thursday, January 22, 2009

Aku Terseliuh & Bicara Taksiran

Tanggal 20 Jan 2009 - Jam dah menunjukkan hampir 6.45 pagi. Aku tergesa-gesa menuju ke lif selepas menghantar Awatif kerumah pengasuhnya. Selepas keluar lif aku berjalan laju menuruni tangga dan apabila tiba di anak tangga terakhir...whooop...aku terpelecok kat situ. Aduh sakitnya...nasib baik pagi masih awal dan yang hanya tengok aku jatuh ialah Pak Din yang selalunya akan keluar awal pagi untuk hantar isterinya ke tempat kerja. Sakitnya..ini kali yang kedua aku jatuh dalam tempoh 2 bulan. Hari tu semasa menuruni tangga sewaktu mendukung Awatif lagi tu. Nasib baik waktu tu tak berapa kuat. Aku sepatutnya berhati-hati...namun dalam diam aku bersyukur sebab tak dukung Awatif. Sakitnya kaki kanan aku. Tumit kasut aku pulak dah tercabut. Alahai aku sayang kasut ni...tapi apa nak buat. Tinggal kenangan je la..
Hari ni sebenarnya aku kelam kabut sikt dan nak cepat sebab aku nak pergi Mahkamah Jalan Duta untuk tengok kawan aku buat Bicara Taksiran untuk Proses JDS. Aku perlu belajar dari dia..memandangkan aku pun tak pernah mengendalikan pebicaraan ini. Dalam kepayahan dan dengan kaki yang sakit ni...aku berjaya juga menyaksikan perbicaraan ter
sebut dan yang pastinya bulan April nanti turn aku la pulak...

Sambutan Hari Lahir Disember & Januari

Hari Ahad 4/1/2009, aku dan adik-adikku merancang mengadakan sambutan Hari Lahir bagi keluarga kami yang lahir antara bulan Disember dan Januari.
Kalau bulan Disember cuma ayah sorang la ,tapi nampaknya bulan Januari ni ramai betul yang telah

dilahirkan iaitu Abang dan Kak Min, Mak dan Abang Lan.
Tapi tak ada jamuan sepecial pun...hanya makan-makan dan minum-minum...

Sunday, January 18, 2009

17 Januari 2008

Tarikh 17 Januari kembali lagi. Tarikh ini mengingatkan aku pada pemergian kak Ros...seorang cleaner/tea lady kat pejabat lama aku kat Subang Jaya. Mungkin tarikh ini tak penting pada orang lain untuk diingati..ya lah...siapa lah arwah kak Ros tu..antara beratus ribu orang Indonesia yang datang ke negara ini untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. Dia bukannya orang terbilang...orang tersohor untuk diingati..tapi dia tu sebenrnya banyak membuka mata aku tentang erti sebuah keperitan dalam sebuah kehidupan ini. Betapa dari jauh dia datang...bekerja siang malam untuk mencari rezeki halal bagi menampung keluarga dikampungnya. Alangkah daifnya kehidupan. Betapa mulianya seorang perempuan bergelar ibu..sanggup dia berpisah dari anak dan keluarga, merantau jauh ke negara orang semata-mata untuk memberi kesenangan pada keluarga tercinta. Sedangkan kita di bumi sendiri jarang bersyukur pada nikmat pemberian tuhan...kita leka dengan kesenangan dan keseronokan.

Arwah kak Ros ni memangnya seorang yang amat baik..sepanjang 8 tahun aku kenal dia, aku tak pernah pun merasa sakit hati pada dia. Itu lah kan..orang baik-baik ni cepat saja dijemput tuhan. Aku ingat lagi..betapa arwah ni memang seorang yang rajin bekerja...dia bukannya dok relak macam kita kalau hari minggu, tapi yang pastinya dia akan pergi kerumah orang atau kemana sahaja yang memerlukan khidmat dia...asalkan dia mendapat rezeki halal. Tapi dalam kesibukan itu, tak ada seorang pun yang tahu..tak ada seorang pun yang sedar bahawasanya dia sebenarnya berperang dengan kesakitan dan berjuang untuk hidup..dan tanpa diduga oleh sesiapa pun (benarlah Allah maha berkuasa), dia telah pergi menghadap Ilahi, keseorangan, bersendirian menghadapi sakratul maut...dan dia pergi dalam khidmat yang tak sudah...dalam kepayahan dan keperitan, dalam hasrat yang tak sampai...Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin

Thursday, January 15, 2009

Sambungan Kisah Mek (Part IV)




Aku tidak tahu bagaimana harus aku sambung Kisah Mek (Part IV)ini. Aku bukannya pandai merungkai kata-kata, yang mampu membuat orang yang membacanya benar-benar terpesona....tapi aku harus sambung juga kerana janjiku pada Salma dan untuk didedikasikan buat kami 4 beradik iaitu cucu-cucu Mek ini.

Semalam aku mendapat khabar Mek yang sememangnya tidak berapa sihat tu, sakit lagi. Aku cuba sedapkan hatiku...sakit orang tua..sakit yang di penghujung usia. Dan itulah juga yang pasti akan aku lalui nanti bila umurku sudah ditelan masa, seandainya aku masih lagi bernyawa. Tapi mungkin kalau aku sakit pun tidak akan sama dengan sakit yang dideritai oleh Mek sekarang. Aku bukannya orang yang pernah bekerja kuat macam Mek. Bila aku renung balik..bila aku kenang balik hidup Mek sebenarnya penuh dengan kesusahan dan keperitan. Sedari muda, Mek sudah lali dengan kerja-kerja kasar dan berat. Aku ingat lagi, waktu di kampung dulu, pagi-pagi lagi, waktu semua orang lena dibuai mimpi, Mek sudah bangun dan pergi menoreh getah. Pokok getahlah teman setia Mek dari muda hingga ke tua kerana Mek bukannya orang yang berpendidikan. Dan pokok getah itulah sebagai nadi kehidupannya, temannya yang setia saban masa. Waktu petang pula Mek akan pergi ke kebunnya. Masih lagi terasa sedapnya buah tembikai (kami panggil timun cina) yang kecil-kecil tapi telah masak yang ditanam oleh Mek dikebunnya. Mek juga tanam ubi kemili (ubi kegemaran abang). Dan kalau musim orang menanam padi, mek juga tak akan ketinggalan, begitu juga bila tiba musim tembakau. Mek, dengan kudrat seorang perempuan akan melakukan kerja-kerja tersebut seorang diri, demi mencari sesuap nasi. Penatnya Mek kerja, tak mengira masa, tak mengira ketika. Entahlah..mungkin sebab Mek sudah biasa keseorangan, dia tak anggap kerja-kerja tersebut beban baginya, tetapi sebagai penyambung nyawa hingga hujung usia. Setiap hari hingga senja melabuhkan tirainya, itulah rutin hidup Mek dan Mek akan terlena kepenatan bertemankan pelita ayan. Kasihan Mek, tidur berseorangan dalam kegelapan malam setelah waktu siang yang memenatkan. (Mek tetap akan menggunakan pelita minyak tanah, walaupun rumah nya ada bekalan elektrik). Dan aku kagum, betapa Mek..mampu mengerjakan semua itu bersendirian.

Aku rindu...Aku rindu pada Mek di waktu sihatnya...waktu kuatnya..waktu kami 3 beradik boleh mengusik dan bergurau dengannya, walaupun aku tahu, masa tersebut tidak akan kembali lagi.

Sekarang Mek sakit...Mek tidak sekuat itu lagi. Hendak bangun dan berjalan pun sudah tidak mampu lagi. Apatah lagi hendak menjenguk kebunnya. Kini tidak ada lagi kemanisan "timun cina", keenakan ubi kemili dan bau getah sekerap serta bunyi mersik daun-daun padi ditiup angin. Semuanya telah terhenti lantaran keuzuran Mek. Harapnya sakit Mek tidak berpanjangan dan Mak akan menjaganya sebaik mungkin selaku anak tunggal Mek.........sehingga ternoktah di sini..banyak kisah Mek yang belum selesai dipaparkan lagi dan lagi.....!@@#$%^&

Wednesday, January 7, 2009

Untuk Renungan

Aku pernah terbaca sajak/puisi? (aku pun tak tau)...dalm satu blog (sape...aku pun tak ingat...maka disini aku tulis balik kat sini...best kan sajak ni...

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
nescaya dapat daripadanya faedah
Bersunguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
maka keluarlah fi'il yang tiada senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Disitulah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi


Cukupkan...untuk jadi peringatan pada kita sepanjang masa supaya sentiasa menjaga diri kita daripada melakukan perkara-perkara buruk. Insya allah

Sunday, January 4, 2009

Bila Kemalasan Mula Beraja











Ini lah aku...entah kenapa akhir-akhir ni aku rasa macam malas. Malas yang amat-amat. Sampai semua benda aku buat sambil lewa je..dari kat pejabat sampai melarat hingga ke rumah. Rumah kita ni rupanya kalau kita nak buat ia bersepah senang je kan, tambah-tambah lagi tukang sepahnya ramai. Tapi nak memulihkannya kembali...aduh...siksa sungguh. So, nampaknya aku terpaksa menghabiskan hujung minggu aku dengan menyapu, mengelap, mengemop dan apa-apa lagi la yang sewaktu dengannya. Tak caya tengok la gambar tu...tikus pun tak sanggup nak tinggal dalam rumah aku...ish..pemalas betul...

Tapi tu sementara je la..aku sebenornye tak leh hidup dalam suasana macam tu dan akhirnya dengan pertolongan Emi dan Abah...aku berjaya memulihkan kembali rumah aku... Terima kasih Emi & Abah